Selasa, 26 April 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011







Ada lebih kurang 6 hari lagi semua pelajar akan mengahdapi peperiksaan pertengahan tahun bermula dari 3 - 18 Mei 2011...Kami berharap semua pelajar telah mula membuat persediaan awal....Semoga semua dapat menjawab soalan dan ingatlah bahawa exam bukanlah penamat hidup kita,...
KITA PASTI BOLEH!!!

Sedikit tips untuk pelajar-pelajar semua...

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

Strategi Cemerlang Peperiksaan -1

-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
-Mengingati Tajuk
-Buat Nota

Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu

Masa Depan Yang Cerah
-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
-Kehidupan Yang Lebih Baik.

Kata Hikmat
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.

Selasa, 19 April 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen 2010

Majlis terlah berlangsung pada 19 April 2011 dan di rasmikan oleh YB Datuk Hj Mohd Arifin b Hj. Mohd Arif.

PERASMIAN PUSAT KHAZANAH ILMU SMK MEMBAKUT 19 APRIL 2011


Penyelaras Pusat Khazanah Ilmu SMK Membakut - Pn. Siti Farina bt Md Nasir


Antara beberapa orang Pengawas PKI dan Guru PKI





Barisan Krew PKI- Cikgu Azizah ( Guru Nilam ), Kak Rosni ( Pembantu PKI ), Cikgu Farina ( Penyelaras ), Cikgu Dosina ( Setiausaha ), Cikgu Esther ( Guru Des@Net)..** Tiada dalam Gambar - Zuhana ( Juruteknik Komputer )






info dan gambar akan menyusul nanti...TUnggU!!!

Sabtu, 16 April 2011

Pecah Rekod SPM

Oleh: Hayati Ibrahim – ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan, semalam.

Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar bersukan?

Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.

Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A.

Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.

“Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.

“Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu.

Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.

Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata pelajaran.

“Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran.

“Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,” katanya.

Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.

Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.

Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.

Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: “Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.

“Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.

“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,” katanya yang bercita-cita menjadi profesor.

Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.

“Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.

“Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,” katanya.

Selasa, 12 April 2011

10 Perkara yang Perlu Anda Ketahui Tentang Tenaga Nuklear



1. Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)


2. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.


3. Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.


4. Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.


5. Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.


6. Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.


7. Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.



8. Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya.


9. Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat


10. Para penentang dan pengkritik penggunaan tenaga nuklear pula sentiasa berhujah tentang isu-isu keselamatan loji nuklear, isu rawatan sisa bahan radioaktif dan juga kos pembinaan loji nuklear yang yang tinggi.

Dipetik daripada : http://www.majalahsains.com/

Isnin, 4 April 2011

Rehatkan Minda Anda Sebentar.....

Thanks You Seven !!

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda baru je pandai cakap bahasa inggeris.
Perkataan yang die tau plak seperti :-
ok, nevermind, thank you, one, two, three, four, five, six, seven dan bye-bye.
Pada suatu hari, pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. Sedang die asyik berjalan laju, tiba-tiba die terlanggar seorang Mat Salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya. Mat Salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda : (Inilah peluangku menguji kehebatanku berbahasa inggeris)katanya dalam hati.
Mat Salleh : Oh, I'm sorry
Pemuda : It's ok, never mind. Thank you.
Mat Salleh : Thank You too.
Pemuda : (hmm...lepas two mesti three)Thank you three.
Mat Salleh : (hairan) What for?
Pemuda : (four...four,hmm five) Thank you five
Mat Salleh : Are you sick?
Pemuda :(Alamak lepas sick, seven.pas tu aku xtau dah..mesti mau cabut)
Sambil mengambil barang-barangnya..pemuda itu pun berteriak dari jauh...
thank you seveen..bye-bye.
Mat Salleh : (bingung)

RESEPI KEJAYAAN!

* kredit to www.chocolate-cream.com


Bahan-bahannya :


• 250 gm Daya usaha
• 100 gm Kesabaran
• 100 gm Keimanan
• 190 gm Keinsafan
• 150 gm Pengorbanan
• 150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
• 8 sudu the rasa tanggungjawab
• 200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Jumaat, 1 April 2011

Madu rahsia pelajar cemerlang SPM




ARKIB : 25/03/2011
Di petik : www.utusan.com.my

PASIR MAS 24 Mac - Amalan mengambil sesudu madu asli setiap pagi dan membaca al-Quran untuk merangsang perkembangan otak membuahkan hasil apabila Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dinobatkan antara enam pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri Kelantan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati yang memperoleh 11A+ itu memberitahu, sejak kecil ibunya, Aizan Omar, 60, dan ayahnya Mohd. Zain Abd. Kadir, 61, pesara doktor haiwan membiasakannya mengambil sesudu madu asli serta buah-buahan setiap hari.

Katanya, dia kurang menggemari makanan berat seperti nasi berlauk untuk merangsang perkembangan otak.

Berkongsi kejayaannya, anak bongsu dari empat beradik itu memberitahu, dia belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan di sekolah dan memperuntukan enam jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran di rumah.

"Saya tetap menonton televisyen tetapi pada kadar minimum iaitu lebih kepada program dokumentari. Saya juga melayari Facebook untuk mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan tetapi membataskannya untuk mengelak masa terbuang," ujarnya yang memegang jawatan Ketua Murid dan Ketua Pengawas di sekolahnya di sini semalam.

Muhamad Izzat Syameer memperoleh A+ dalam 11 subjek yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Sejarah, Pendidikan al-Quran dan Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Berbeza dengan seorang lagi pelajar cemerlang SPM peringkat negeri, Salina A/P Sanguan, 17, pelajar berketurunan Siam yang memperoleh 10A+ itu memilih mengulang kaji pelajaran dengan ditemani alunan radio dan televisyen.

"Saya tidak mempunyai jadual khas untuk belajar sebaliknya mengulangkaji pelajaran mengikut mood. Bagaimanapun, saya lebih fokus ketika berada di dalam kelas," kata pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (1), Pasir Mas.

Salina memperoleh A+ bagi semua subjek yang didudukinya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Fizik, Kimia dan Biologi.